Gajah dan Bulan

July 10, 2008 · Filed Under Kehidupan · 5 Comments 

Ini mesti soalan nombor satu dalam rancangan “Siapa Mahu Jadi Jutawan”. Apapun, tahniah pada Aunty di sebelah kerana berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul salah. Saiz gajah dan bulan pun tidak dapat dia bezakan. Nasib baik dia bukan orang kita.

Sebut tentang gajah, aku dengar tempat persemadian gajah di Gua Musang akan dijadikan salah satu tempat tarikan para pengunjung dalam dan luar negara. Sama seperti di Pulau Sipadan yang menjadi tempat persemadian penyu-penyu yang hampir tiada. Jom kita ke sana!

Platipus Oh Platipus

July 9, 2008 · Filed Under Kehidupan · Comment 

Sejak dulu sampai sekarang, aku masih tidak berkesempatan melihat platipus atau platypus dalam ejaan bahasa inggeris. Mulut macam itik, kakinya pula macam kura-kura dan ekornya lebar. Kalau tidak salah, haiwan yang di’beri nama platipus ini bertelur. Kalau tidak bertelur, aku yakin dia beranak!

Aku tidak pasti samada haiwan ni ada atau tidak di Malaysia. Bertahun-tahun aku memancing, aku tidak pernah naikkan haiwan ni. Aku kecewa sangat! Lihat, tengok dan pandang gambar baby platipus ni, comel sangat padaku. Semoga aku dapat melihat platipus dengan mata kepala aku sendiri bukan dengan gambar yang hanya mampu ditatap dan tidak bergerak!